Tuesday, November 30, 2010

Tindakan jika ia terjadi pada anda

Kemalangan atau musibah memang tidak diduga atau dijangka, walaubagaimanapun kita sebagai ciptaan yang maha Esa mesti bersyukur dan redha dengan qada dan qadar yang telah ditentukan olehnya. Sebagai ciptaan NYA kita mesti berusaha dan berikhtiar agar kemalangan atau musibah dapat dikurangkan jika tidak dapat dielakkan. sekiranya telah terjadi, keredhaan dan usaha untuk mengubati mesti dicari. pepatah mencegah adalah lebih baik dari merawat.

sakit belakang memang menyakit dan menyeksakan, saya sendiri pernah mengalami keadaan dimana nak duduk takkena,baring tak kena,meniarap pun tak kena, boleh dikatakan semua yang dibuat serba tak kena dan menyakitkan.saya pernah di kerusi roda selama seminggu akibat sakit belakang dan mengikuti berbagai cara rawatan secara moden dan tradisional.pernah di tarik dan digantung dengan beban 60kg.memang menyakitkan, tapi ia banyak membantu sehingga saya seperti sekarang,syukur dan alhamdullilah.

Jadi berhati-hati didalam menjalankan aktiviti harian bagi mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku.