Tuesday, November 30, 2010

Tindakan jika ia terjadi pada anda

Kemalangan atau musibah memang tidak diduga atau dijangka, walaubagaimanapun kita sebagai ciptaan yang maha Esa mesti bersyukur dan redha dengan qada dan qadar yang telah ditentukan olehnya. Sebagai ciptaan NYA kita mesti berusaha dan berikhtiar agar kemalangan atau musibah dapat dikurangkan jika tidak dapat dielakkan. sekiranya telah terjadi, keredhaan dan usaha untuk mengubati mesti dicari. pepatah mencegah adalah lebih baik dari merawat.

sakit belakang memang menyakit dan menyeksakan, saya sendiri pernah mengalami keadaan dimana nak duduk takkena,baring tak kena,meniarap pun tak kena, boleh dikatakan semua yang dibuat serba tak kena dan menyakitkan.saya pernah di kerusi roda selama seminggu akibat sakit belakang dan mengikuti berbagai cara rawatan secara moden dan tradisional.pernah di tarik dan digantung dengan beban 60kg.memang menyakitkan, tapi ia banyak membantu sehingga saya seperti sekarang,syukur dan alhamdullilah.

Jadi berhati-hati didalam menjalankan aktiviti harian bagi mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku.

Friday, October 8, 2010

Punca dan Kenapa anda sakit belakang(Slipped Disc)

Melalui pengalaman saya sendiri yang berlaku pada tahun 1998 lagi,sudah lebih 12 tahun perkara nie berlaku. Tapi biar saya cerita sikit, dulu saya seorang ynag cukup aktif bersukan tidak kira hujan,panas,sejuk,salji,sungai,laut,hutan,ulu sungai,hilir sungai semuanya teroka. Waktu kanak2 dan zaman sekolah memang amat menyeronokkan. Pergi lastik burung dengan lastik yang dibuat sendiri.Main rakit di sungai waktu air pasang juga dengan rakit yang dibuat sendiri bersama rakan2. mandi laut, sungai, dam, kolam air tadahan tak payah cerita. hampir2 lemas.......

waktu bersukan, pantang tengok, mesti nak cuba. Tapi itu dulu........Sekarang harap berjalan kaki je sebagai aktiviti sihat......

Berbalik kepada punca bagaimana saya terkena slipped disc, pada satu pagi ketika esoknya umat islam akan menyambut Hari Raya Kurban, setelah bangun dari tidur, kemaskanlah tempat tidur,semua bantal, tilam disusun untuk diangkat. alhamdulillah boleh angkat, TAPI waktu nak letak balik saya lepaskan semua beban dan waktu nilah terdengar bunyi yang tak dijangka "ketak". Setengah jam lepas tu,terus tak boleh jalan, kena merangkak ke bilik air. Bangun,duduk,baring,terlentang boleh kata semua tak kena bertapa seksanya menanggung sakit yang teramat sangat.JADI berhati2 ketika mengangkat beban di waktu pagi. sekadar berkongsi cerita....seterusnya akan muncul

Monday, April 19, 2010

Selamat berkenalan dan Selamat Datang

Salam 1Malaysia.

Salam perkenalan dan selamat datang ke blog saya. tujuan blog diadakan untuk berkongsi pengalaman rahsia sakit belakang.Saya sebagai salah seorang pesakit sakit belakang yang kronik pernah melalui berbagai cara rawatan kecuali pembedahan. Secara jujurnya saya telah dinasihatkan supaya menjalani pembedahan tulang belakang, tetapi saya mengambil langkah berjaga2 dan ingin mendapat pendapat dan nasihat dari pakar2 didalam bidangnya. setelah diteliti dan mempertimbangkan buruk dan baiknya, maka keputusan telah dibuat untuk tidak meneruskan pembedahan tu. Tapi alhamdullilah,sekarang tidaklah sakit macam dulu lagi. Macam nama saya dapat melakukan itu, nanti saya kongsikan didalam posting yang akan datang.stay visit.