Friday, October 8, 2010

Punca dan Kenapa anda sakit belakang(Slipped Disc)

Melalui pengalaman saya sendiri yang berlaku pada tahun 1998 lagi,sudah lebih 12 tahun perkara nie berlaku. Tapi biar saya cerita sikit, dulu saya seorang ynag cukup aktif bersukan tidak kira hujan,panas,sejuk,salji,sungai,laut,hutan,ulu sungai,hilir sungai semuanya teroka. Waktu kanak2 dan zaman sekolah memang amat menyeronokkan. Pergi lastik burung dengan lastik yang dibuat sendiri.Main rakit di sungai waktu air pasang juga dengan rakit yang dibuat sendiri bersama rakan2. mandi laut, sungai, dam, kolam air tadahan tak payah cerita. hampir2 lemas.......

waktu bersukan, pantang tengok, mesti nak cuba. Tapi itu dulu........Sekarang harap berjalan kaki je sebagai aktiviti sihat......

Berbalik kepada punca bagaimana saya terkena slipped disc, pada satu pagi ketika esoknya umat islam akan menyambut Hari Raya Kurban, setelah bangun dari tidur, kemaskanlah tempat tidur,semua bantal, tilam disusun untuk diangkat. alhamdulillah boleh angkat, TAPI waktu nak letak balik saya lepaskan semua beban dan waktu nilah terdengar bunyi yang tak dijangka "ketak". Setengah jam lepas tu,terus tak boleh jalan, kena merangkak ke bilik air. Bangun,duduk,baring,terlentang boleh kata semua tak kena bertapa seksanya menanggung sakit yang teramat sangat.JADI berhati2 ketika mengangkat beban di waktu pagi. sekadar berkongsi cerita....seterusnya akan muncul

No comments:

Post a Comment